sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Sunday, December 26, 2010

Donut pintal


DONUT PINTAL

(Resepi dari Yani myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 biji )

• 200g tepung roti
• 20g gula
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil dry yeast
• 140ml susu segar (suhu bilik)
• 20g butter
• minyak masak untuk menggoreng
• sugar powder

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter Kacau sehingga sekata.
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai. Uli sehingga tak melekat ditangan.
Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda.
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
Uli biar jadi bentuk panjang. Kemudian pulaskan .
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

* Boleh juga menggunakan tepung gandum..

Kek coklat


KEK COKLAT

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

(Resepi dari fendi75 myresepi.com)
· 2 biji telur
· 1 cawan minyak masak
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan gula perang
· Bahan A
· 1 sudu kecil vanila
· 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
· 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
· Bahan B
· 2 sudu kecil sodium bicarbonate
· 1 sudu kecil baking powder
· 1/2 cawan serbuk koko
· 2 cawan tepung gandum
· ==============================
· ** Topping **
· 1/2 cawan koko van hauten
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
· Kek nie guna dua adunan

Kek karamel


KEK KARAMEL

(Resepi dr Munira Baharum)

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....

Bismillahhirrahmannirrahim

As'salam

Blog ini terhasil dr simpanan koleksi pelbagai resepi yg menarik.. Kebanyakannya dpt dr 'Kongsi Resepi' page kat facebook.. ada jugak dari 'myresepi.com dan ada yg resepi dr keluarga dan kawan2.. Antara resepi yg akan dipostingkan kat blog nie.. ada yg dah ditry dan ada juga yg belum try lagi.. so far resepi yg akan dikongsikan nie.. mmg proven betul n just follow jer instruction yg dorang beri.. insyaallah menjadinya.. :-) n sekiranya x berapa menjadi.. janganlah putus asa yer.. we learn from mistake.. cuba dan terus mencuba.. insyaallah ianya akan jadi 'perfecto'..


Oklah selamat mencuba dan diharapkan resepi2 nie akan membantu u olls mempelbagaikan hidangan dan menambahkan lagi koleksi masakan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...