sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Friday, January 14, 2011

Rezeki dari Allah

As'salam.. alhamdulillah hari nie dpt tempahan kek karamel lagi.. bersyukur sgt kpd maha pencipta Allah s.wt.. Marathon jugaklah nak menyiapkan 5 biji kek karamel yg akan sampai ke tangan pelanggan besok pagi.. diharapkan mereka puashati dan suka ngan kek tue.. insyaallah kalau ada rezeki dptlah repeat order..
Sebenarnya x pernah menyangka masakan ku mendapat kepercayaan dr kawan2 utk dihidangkan dipejabat.. masa mula2 tue.. mmg nervous giler.. sbb x tau camner expection org.. alhamdulillah diterima..
Aku berdoa semoga usaha ku ini diberkati olehNya dan berpanjangan.. walaupun sekadar suka-suki.. tapi dpt jugalah membantu utk meringankan beban yg dipikul oleh suamiku selama nie.. At the same time aku dpt juga merasa kepuasan apabila dpt memenuhi kehendak anak2 ku dgn membelikan apa yg mereka mahu.. bukanlah sblm nie x pernah dpt apa yg dorang nie.. cuma kali ini.. dr hasil titik peluh ku sendiri..
Oklah sebelum aku mengakhiri posting kali ini.. aku just nak inform kat u ollss.. resepi2 yg aku paparkan kat blog nie mmg boleh menambahkan pendapatan u ollss yer.. kalau masa first attempt x jadi.. jgn putus asa.. cuba lagi.. dan check maner silap.. kalau x tau tanya.. semoga u ollss pun akan berjaya..
Selamat Mencuba dan salam baking.. (boleh gitu.. hehehe) ;-)

Friday, January 7, 2011

Roti naik

ROTI NAIK

(Resepi dari sasha rahmat)

Bahan A

yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis n

Bahan B

2 sudu besar marjerin planta / mentega cair

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

Cara-caranya

1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti

Thursday, January 6, 2011

Puding roti

Bahan-bahan (loyang 9' )

16 keping roti putih
  • 50 gm Butter/marjerin/planta
  • 800 ml susu UHT / fullcream milk
  • 4 biji kuning telur (saiz m)
  • 1 biji telur
  • 200 gm gula
  • 1 1/2tsp serbuk cinnamon
  • 50 gm kismis
  • 1 tsp vanilla essence

  • Utk kuah custard
  • 1 tin susu cair
  • 150 gm gula
  • 1 tbs tepung custard

Cara-cara

  1. Sapukan butter pada setiap keping roti dan ditindih serta dipotong dua seperti bentuk sandwich
  2. Pukul telur kuning dan sebiji telur bersama sama gula hingga kembang
  3. Tuangkan susu, Serbuk cinnamon, vanilla essence dan juga kismis ke dlm adunan telur dan kacau rata.
  4. Griskan loyang dan susun roti ke dlm loyang sehingga penuh
  5. Tuangkan bancuhan susu ke dalam loyang dan rendamkan roti selama 10 hingga ke 15 minit
  6. Bakar dgn cara waterbath (meletakkan loyang adunan ke dlm loyang lain yg berisi air) pada suhu 180'c selama 50 minit.
  7. Utk kuah custard
  8. Bancuhkan susu cair, gula dan tepung custard ke dlm periuk
  9. Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga gula menjadi cair
  10. Sesuai dihidangkan ketika panas

Monday, January 3, 2011

2011

As'salam..

Kejap jer dah masuk january 2011.. Rasa sgt bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan oleh maha pencipta ALLAH S.W.T.. semoga dgn kudrat dan anugerah yg diberi ini.. dptlah ku menghasilkan dan mencuba pelbagai lagi resepi yg menarik utk santapan anak2 dan suami.. List resepi pun dah panjang.. buat jer belum.. hehehe..

Di penghujung bulan december 2010.. dgn x dirancang aku bersyukur kerana dpt menyiapkan tempahan kek karamel.. diharapkan mereka puashati.. berdebar gaks x tahu camner reaksi doranng.. by the way.. terima kasih wat sahabat ku mynn aziz yg merekomenkan (ehh ada ker perkataan 'merekomenkan' hehehe..) kek ku pada kawan2nya.. nanti aku belanja ko yer.. ;-)

Apa2 pun aku berdoa semoga diberi kesihatan dan kekuatan serta kesabaran utk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.. Semoga Allah murahkan rezeki ku dan anak2..

Kek almond kurma


KEK KURMA

Bahan-bahan ( 10 org makan )

· 1 cawan kurma - buang biji

1/4 cawan almond flakes

· 1 cawan gula pasir

· 4 biji telur

· 2 cawan tepung gandum

· 3/4 cawan minyak masak

· 1 sudu kecil soda bikarbonat

· 1 sudu kecil baking powder

· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. blender telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.

2. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder

3. masukkan bahan yg di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi bersama2 almond flakes.

4. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.

5. bakar pada suhu 160 darjah hingga masak...lebih kurang 50 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...