KEK COKLAT
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
(Resepi dari fendi75 myresepi.com)
· 2 biji telur
· 1 cawan minyak masak
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan gula perang
· Bahan A
· 1 sudu kecil vanila
· 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
· 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
· Bahan B
· 2 sudu kecil sodium bicarbonate
· 1 sudu kecil baking powder
· 1/2 cawan serbuk koko
· 2 cawan tepung gandum
· ==============================
· ** Topping **
· 1/2 cawan koko van hauten
· 1/2 cawan susu pekat
· 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
· Kek nie guna dua adunan
As'salam..
ReplyDeleteNie first time saya wat bday kek.. Masa nie bday my beloved daughter amira.. Kitorang wat kat preschool dia.. alhamdulillah outcomenya sgt puashati..
:-)
Oh yer.. masa wat tue.. ada lebihan adunan.. so saya tuangkan ke dlm loyang 4 segi yg kecil.. then biler dah siap.. saya potong kpd dua.. n sapu jem di sekeping kek.. pastu tindihkan ngan satu lagi.. wallaa.. dah cam coklat fudge.. yummy..