sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Tuesday, April 12, 2011

OPISKECIKKU ENTERPRISE

Alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari keluarga dan kawan2.. Secara rasminya hari ini 12 april 2011.. Opiskecikku telah melangkah setapak lagi dan dikenali sebagai 'Opiskecikku Enterprise' 002030715-X .. Semoga opiskecikku ini akan semakin maju dan terus maju, bertambah murah rezeki dan keberkatan.. amin

Monday, April 11, 2011

Sunday, April 3, 2011

Packaging untuk door gift apam polkadot



1. 2pcs apam = RM 1
2. 2 pcs apam = RM 1.50
3. 2 pcs apam = RM 1.50
4. 4 pcs apam = RM 2
5. 4 pcs apam = RM 2
6. 4 pcs apam = RM 2.50

Minimum order adalah 200pcs apam untuk packaging 1 - 3
Minimum order adalah 400 pcs apam untuk packaging 4 - 6
Sila maklumkan 1 minggu sebelum penghantaran untuk memastikan stock packaging anda mencukupi. Terima kasih.

Tuesday, March 29, 2011

Warna warni apam polkadot


Antara tempahan dan tema apam polkadot.. Request by customer.. Thanks for the support..


Theme merah hitam

Theme hijau lumut

Theme striking with black dots

Apam polkadot theme pelangi


Apam polkadot mix colour

Apam polkadot girgirl theme a.k.a barbie or princess theme

Apam polkadot theme boboy a.k.a Ben10




Wednesday, March 16, 2011

16 March 1979

As salam.. today genaplah umur ku 32 tahun.. kejap jer rasanya.. aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana memberi ku ruang utk bernafas lagi di bumi mu ini.. agar dapat ku mempertingkatkan lagi keimanan dan amal ibadat ku.. di samping itu dapat jua ku menambahkan lagi ilmu dan rezeki demi anak2 dan keluarga tercinta.. tiada hadiah yg lebih baik untuk ku hari ini melainkan berada disamping suami, anak2, keluarga dan rakan2 yg tersayang.. terima kasih ku ucapkan kerana sentiasa berada disamping ku memberikan semangat dan sokongan dalam menempuhi pelbagai ujian yg datang.. Sayang kamu semua... semoga allah merahmati diri kalian.. amin..

Wednesday, March 2, 2011

Pineapple pie

Bahan utk kulit pastry

2 cawan Tepung gandum
1 tsp Garam
1 cawan Shortening
1/2 cawan Air

Cara2:

Campurkan tepung dan garam
Kemudian gaulkan shortening ke dalam tepung dan garam
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk seperti doh
Simpan doh dalam plastic cling wrap dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
Selepas itu barulah dicanai setebal 1 cm utk diletak dlm loyang pie


Bahan2 utk inti

5 oz/ 1 tin nenas + syrup (diblender kasar)
1/4 cwn Gula
3 tbs Tepung jagung
1/2 tbs vanilla essence


Masukkan nenas, gula, tepung jagung, vanilla essence dalam periuk
Masak di atas dapur dgn api sederhana panas
Kacau sehingga inti menjadi pekat
Apabila dah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan dalam pie

Cara utk pie

Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200'c
Letakkan kulit pastry yg telah dicanai ke dalam loyang pie
Masukkan inti dan tutup semula bahagian atas pie dgn lebihan kulit pastry
Kelim/kemaskan bhgian tepi kulit pastry
Sapukan bhgian kulit atas pastry dgn kuning telur
Cucuk dgn garfu di bahagian atas dan bakar selama 45 minit

Monday, February 28, 2011

Apam tepung gandum


(Resepi dari myresepi.com / kak fida)

Bahan2 (loyang 10x10x3)

4 1/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula perang
1/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
1 peket yis (mauripan)
secubit garam (opt)
Kelapa parut putih yang dikukus dan dicampurkan sedikit dgn garam utk dimakan bersama apam

Cara2

Sapu sekeliling loyang dgn minyak
Bancuh yis bersama2 dgn 1/2 cawan air dan ketepikan
Gaulkan tepung dan gula bersama2 dan tuangkan bancuhan yis bersama2 2 cwn air ke dlm adunan tepung
Kacau hingga sebati , licin dan x berbintil menggunakan handwhisk
Tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan ianya naik 2 x ganda selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam
Panaskan kukusan dan kukus selamat 30 - 45 minit
Biarkan apam menjadi sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang
Potonglah apam mengikut bentuk yg anda inginkan dan sedap dihidang bersama2 kelapa parut kukus

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...