sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Wednesday, March 2, 2011

Pineapple pie

Bahan utk kulit pastry

2 cawan Tepung gandum
1 tsp Garam
1 cawan Shortening
1/2 cawan Air

Cara2:

Campurkan tepung dan garam
Kemudian gaulkan shortening ke dalam tepung dan garam
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk seperti doh
Simpan doh dalam plastic cling wrap dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
Selepas itu barulah dicanai setebal 1 cm utk diletak dlm loyang pie


Bahan2 utk inti

5 oz/ 1 tin nenas + syrup (diblender kasar)
1/4 cwn Gula
3 tbs Tepung jagung
1/2 tbs vanilla essence


Masukkan nenas, gula, tepung jagung, vanilla essence dalam periuk
Masak di atas dapur dgn api sederhana panas
Kacau sehingga inti menjadi pekat
Apabila dah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan dalam pie

Cara utk pie

Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200'c
Letakkan kulit pastry yg telah dicanai ke dalam loyang pie
Masukkan inti dan tutup semula bahagian atas pie dgn lebihan kulit pastry
Kelim/kemaskan bhgian tepi kulit pastry
Sapukan bhgian kulit atas pastry dgn kuning telur
Cucuk dgn garfu di bahagian atas dan bakar selama 45 minit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...