sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Friday, February 18, 2011

Apam Polka Dot


(Resepi dari discussion board Kongsi Resepi FB)

Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasaPewarna



1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara saya..

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

Selamat Mencuba

Sunday, February 6, 2011

udang geragau


As salam.. hari nie sajer nak share ngan kawan2 gambar udang geragau yg mash fresh.. selalunya kalau yg kita beli kat pasar mlm or kedai2 dah kering.. kalau yg kering tue warna cam merah oren kan.. tue sedap kalau digunakan sebagai perencah utk mee bandung or mee rebus..

Berbalik kpd udang geragau fresh.. yg nie mak saya belikan kat pasar tani larkin, jb dgn harga rm10/kg .. mmg sedap sgt especially wat cengkodok udang geragau yg dicampur ngan hirisan daun kunyit, dan juga hirisan bawang besar.. pastu cicah ngan sos cili lingam.. confirm terangkat punyer.. hehehe..

oklah selamat berhari minggu ;-)

Friday, February 4, 2011

Water bath method


As salam just sharing kpd kawan2 tentang water bath method.. referring to this picture.. sediakan loyang besar berisi air panas cthnya 10" dan letakkan di dalam oven.. dlm loyang lain yg lebih kecil dari loyang tadi cthnya 8".. gunakan loyang itu untuk mengisi adunan kek.. apabila hendak membakar kek.. letakkan loyang kek ke dlm loyang yg berisi air di bhgn tgh2..

Method ini sesuai utk cheesecake, caramel cake dan cake yg moist.. harapnya dapat membantu kawan2 yer..

Wednesday, February 2, 2011

Laksa utara


(resepi dr mil)

500 gm ikan sardin/ ikan kembung
150 gm udang basah
6 sudu makan lada kering yg dikisar
4 - 6 keping Asam keping
2 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
2 bji bawang besar
garam secukup rasa
Air rebusan ikan

Bhn pelengkap

Timun
Daun salad
Cucur udang
Lada merah
Laksa beras (direbus dahulu)

Rebuskan ikan bersama2 udang basah, 2 keping asam dan bawang besar yg dipotong empat.
Setelah ikan masak asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian dikisar secara berasingan dgn menggunakan air rebusan ikan tadi. Kisar semua sekali bhn rebusan termasuk bwg dan juga asam keping. Tapiskan bahan yg dikisar sebelum dituang kedalam periuk utk memastikan tulang2 ikan benar2 hancur. Lepas itu masukkan lada kisar dan baki air rebusan kedalam periuk. Masak sehingga mendidih masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Setelah itu masukkan pula hirisan bunga kantan dan juga daun kesum. kacau rata dan biarkan masak dgn api perlahan. Dihidangkan bersama2 laksa beras, timun, daun salad, cucur udang, lada kering dan hirisan lada merah.

SELAMAT MENCUBA. ;-)

Tuesday, February 1, 2011

Almond Brownies


(Resepi dari Kak fida myresepi.com)

loyang 9"

Bahan A
200 gm mentega
200 gm Dark chocolate

Bahan B
4 biji telur
170 gm gula halus

Bahan C
170 gm tepung
30 gm serbuk koko

Cairkan bhn A dgn cara double boiling dan biarkan suam.
Ayakkan tepung dan koko bersama.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan tepung dan gaul rata dgn spatula.
Masukkan pula Bhn A ke dlm adunan n gaul rata.

Tuangkan ke dlm loyang yg bergris dan kukus selama 15 min..

utk topping

200 gm dark choc
50 gm butter
100 gm almond (bakar kejap)

Cairkan dark choc dan butter secara double boiling.. lepas tue tuangkan ke atas kek.. dan taburkan almond flakes diatasnya..

SELAMAT MENCUBA

*utk resepi nie saya menggunakan kaedah bakar selama 1 jam ngan suhu 160'c.

Friday, January 14, 2011

Rezeki dari Allah

As'salam.. alhamdulillah hari nie dpt tempahan kek karamel lagi.. bersyukur sgt kpd maha pencipta Allah s.wt.. Marathon jugaklah nak menyiapkan 5 biji kek karamel yg akan sampai ke tangan pelanggan besok pagi.. diharapkan mereka puashati dan suka ngan kek tue.. insyaallah kalau ada rezeki dptlah repeat order..
Sebenarnya x pernah menyangka masakan ku mendapat kepercayaan dr kawan2 utk dihidangkan dipejabat.. masa mula2 tue.. mmg nervous giler.. sbb x tau camner expection org.. alhamdulillah diterima..
Aku berdoa semoga usaha ku ini diberkati olehNya dan berpanjangan.. walaupun sekadar suka-suki.. tapi dpt jugalah membantu utk meringankan beban yg dipikul oleh suamiku selama nie.. At the same time aku dpt juga merasa kepuasan apabila dpt memenuhi kehendak anak2 ku dgn membelikan apa yg mereka mahu.. bukanlah sblm nie x pernah dpt apa yg dorang nie.. cuma kali ini.. dr hasil titik peluh ku sendiri..
Oklah sebelum aku mengakhiri posting kali ini.. aku just nak inform kat u ollss.. resepi2 yg aku paparkan kat blog nie mmg boleh menambahkan pendapatan u ollss yer.. kalau masa first attempt x jadi.. jgn putus asa.. cuba lagi.. dan check maner silap.. kalau x tau tanya.. semoga u ollss pun akan berjaya..
Selamat Mencuba dan salam baking.. (boleh gitu.. hehehe) ;-)

Friday, January 7, 2011

Roti naik

ROTI NAIK

(Resepi dari sasha rahmat)

Bahan A

yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis n

Bahan B

2 sudu besar marjerin planta / mentega cair

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula

Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

Cara-caranya

1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...