sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Sunday, July 17, 2011

Lagi2 Kek karamel


Antara tempahan kek karamel.. x sangka minggu sudah kek nie dah masuk dlm wanita hari ini.. walaupun orang lain yg promote.. dapat gak tempias2 nya.. alhamdulillah



Kek karamel pelangi
round 8"

Kek karamel ceria
square 9"

Kek karamel ala2 Ben 10
square 9"

Sunday, May 29, 2011

Antara tempahan door gift di bulan May




Antara tempahan untuk door gift.. Packaging ini sesuai untuk semua majlis termasuk perkahwinan, pertunangan dan juga kenduri tahlil.. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila email kan kepada farrah_diba79@yahoo.com. Tempahan hendaklah dibuat 2 minggu awal dan untuk tempahan melebihi 200 pax hendaklah 1 bulan awal.. utk memastikan stok bekas ini masa available.. sekian..

Thursday, May 12, 2011

Alhamdulillah N Congrats u ollss..

As salam and hi,

Recently byk yg update kat saya.. setelah mencuba resepi apam polkadot.. ramai yang berjaya membuatnya.. Bahkan ramai juga yg berjaya menjadikannya sebagai side income walaupun secara kecil2an.. yg penting keinginan dan usaha yg berpanjangan.. Insyaallah.. X mustahil satu hari nanti Apam polkadot boleh bersaing teguh dan menjadi satu branding seperti cheese tart, cupcake dan sebagainya... syabas u ollss.. i'm proud of u..

Untuk yg masih belum berjaya.. Jangan patah semangat.. cuba lagi.. Insyaallah menjadi juga..

Congrats u olls.. A Big clap to urself k.. ;-)

Wednesday, April 13, 2011

Step by step Kek Karamel

Bhn A
Masukkan 2 sudu besar ke dalam loyang dan masak dgn api perlahan sehingga gula bertukar keperangan

inilah yang dikatakan keperangan atau pun gula hangus
Bahan B
Masukkan 3 biji kuning telur, susu cair, gula dan esen vanilla

Kacau2 manja jgn sampai berbuih yer..

Pastu tapiskan Bhn B dan tuangkan ke dalam Bhn A atau gula hangus

Bahan C
Sediakan kuning telur dan gula

Pukul sehingga kembang
Tepung dan baking powder

Air dan minyak


Masukkan tepung, baking powder, minyak dan air.. Gaul rata

Bahan D
Sediakan putih telur dan gula
# saya x menggunakan cream of tartar yer.. Kalau resepi asal ada..

Pukul putih telur dan gula dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk untuk dijadikan meringue..

Inilah hasilnya.. untuk check jadi ker x.. lihat adunan nie dah x jatuh jika diterbalikkan..
Tips: make sure kuning telur or air X TERMASUK dlm adunan nie.. nanti meringue x jadi yer..

Campurkan Bhn C dan Bhn D dgn kaedah kaup balik.. kacau perlahan2 jer..

Pastu bahagikan untuk letak pewarna/perasa

Pastikan sebelum masukkan adunan kek susu cair nie x berbuih yer.. nanti karamelnyer merekah lepas diterbalikkan..

Letakkan adunan secara berlapis2.. Ulang sehingga habis..

Nielah dia lepas siap lapis..

Masukkan kek kedalam oven.. Jgn lupa guna teknik water bath.. yg loyang hitam tue ada air .. Bakar selama 1 jam.. dgn menggunakan api atas bawah

Saya menggunakan loyang square 9".. inilah hasilnya..

Untuk mendapatkan tepi karamel yg kemas.. gunakan pisau dan bersihkan tepinya mengikut loyang..

Kek karamel.. diterbalikkan selepas 10 minit kuar dr oven..

SELAMAT MENCUBA YER..

Tuesday, April 12, 2011

OPISKECIKKU ENTERPRISE

Alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari keluarga dan kawan2.. Secara rasminya hari ini 12 april 2011.. Opiskecikku telah melangkah setapak lagi dan dikenali sebagai 'Opiskecikku Enterprise' 002030715-X .. Semoga opiskecikku ini akan semakin maju dan terus maju, bertambah murah rezeki dan keberkatan.. amin

Monday, April 11, 2011

Sunday, April 3, 2011

Packaging untuk door gift apam polkadot



1. 2pcs apam = RM 1
2. 2 pcs apam = RM 1.50
3. 2 pcs apam = RM 1.50
4. 4 pcs apam = RM 2
5. 4 pcs apam = RM 2
6. 4 pcs apam = RM 2.50

Minimum order adalah 200pcs apam untuk packaging 1 - 3
Minimum order adalah 400 pcs apam untuk packaging 4 - 6
Sila maklumkan 1 minggu sebelum penghantaran untuk memastikan stock packaging anda mencukupi. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...