sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Sunday, December 26, 2010

Donut pintal


DONUT PINTAL

(Resepi dari Yani myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 biji )

• 200g tepung roti
• 20g gula
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil dry yeast
• 140ml susu segar (suhu bilik)
• 20g butter
• minyak masak untuk menggoreng
• sugar powder

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter Kacau sehingga sekata.
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai. Uli sehingga tak melekat ditangan.
Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda.
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
Uli biar jadi bentuk panjang. Kemudian pulaskan .
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

* Boleh juga menggunakan tepung gandum..

2 comments:

  1. As'salam..
    Resepi donut nie mmg mudah.. nie fav anak2 saya.. sekali wat habis sepinggan dorang makan.. hehehe.. Kalau x nak pintal pun boleh.. Gunakan acuan donut..
    Kalau ikut resepi asal kena guna tepung roti.. tapi cam saya nie sempoi.. so gunakan tepung gandum jer.. rasanya ttp sama dan gebu gaks.. cuma kena makan masa panas2.. kalau dah sejuk.. donut akan jadi agak liat..

    ReplyDelete
  2. CAMNE NK ORDER APAM POKADOT WITH FILING 50 PCS TU..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...