sambil2 lalu sini... jangan lupa 'KLIK' kat sini.. jgn risau xde kena byr apa2 pun.. :-)

Tuesday, March 29, 2011

Warna warni apam polkadot


Antara tempahan dan tema apam polkadot.. Request by customer.. Thanks for the support..


Theme merah hitam

Theme hijau lumut

Theme striking with black dots

Apam polkadot theme pelangi


Apam polkadot mix colour

Apam polkadot girgirl theme a.k.a barbie or princess theme

Apam polkadot theme boboy a.k.a Ben10




Wednesday, March 16, 2011

16 March 1979

As salam.. today genaplah umur ku 32 tahun.. kejap jer rasanya.. aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana memberi ku ruang utk bernafas lagi di bumi mu ini.. agar dapat ku mempertingkatkan lagi keimanan dan amal ibadat ku.. di samping itu dapat jua ku menambahkan lagi ilmu dan rezeki demi anak2 dan keluarga tercinta.. tiada hadiah yg lebih baik untuk ku hari ini melainkan berada disamping suami, anak2, keluarga dan rakan2 yg tersayang.. terima kasih ku ucapkan kerana sentiasa berada disamping ku memberikan semangat dan sokongan dalam menempuhi pelbagai ujian yg datang.. Sayang kamu semua... semoga allah merahmati diri kalian.. amin..

Wednesday, March 2, 2011

Pineapple pie

Bahan utk kulit pastry

2 cawan Tepung gandum
1 tsp Garam
1 cawan Shortening
1/2 cawan Air

Cara2:

Campurkan tepung dan garam
Kemudian gaulkan shortening ke dalam tepung dan garam
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk seperti doh
Simpan doh dalam plastic cling wrap dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
Selepas itu barulah dicanai setebal 1 cm utk diletak dlm loyang pie


Bahan2 utk inti

5 oz/ 1 tin nenas + syrup (diblender kasar)
1/4 cwn Gula
3 tbs Tepung jagung
1/2 tbs vanilla essence


Masukkan nenas, gula, tepung jagung, vanilla essence dalam periuk
Masak di atas dapur dgn api sederhana panas
Kacau sehingga inti menjadi pekat
Apabila dah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan dalam pie

Cara utk pie

Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200'c
Letakkan kulit pastry yg telah dicanai ke dalam loyang pie
Masukkan inti dan tutup semula bahagian atas pie dgn lebihan kulit pastry
Kelim/kemaskan bhgian tepi kulit pastry
Sapukan bhgian kulit atas pastry dgn kuning telur
Cucuk dgn garfu di bahagian atas dan bakar selama 45 minit

Monday, February 28, 2011

Apam tepung gandum


(Resepi dari myresepi.com / kak fida)

Bahan2 (loyang 10x10x3)

4 1/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula perang
1/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
1 peket yis (mauripan)
secubit garam (opt)
Kelapa parut putih yang dikukus dan dicampurkan sedikit dgn garam utk dimakan bersama apam

Cara2

Sapu sekeliling loyang dgn minyak
Bancuh yis bersama2 dgn 1/2 cawan air dan ketepikan
Gaulkan tepung dan gula bersama2 dan tuangkan bancuhan yis bersama2 2 cwn air ke dlm adunan tepung
Kacau hingga sebati , licin dan x berbintil menggunakan handwhisk
Tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan ianya naik 2 x ganda selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam
Panaskan kukusan dan kukus selamat 30 - 45 minit
Biarkan apam menjadi sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang
Potonglah apam mengikut bentuk yg anda inginkan dan sedap dihidang bersama2 kelapa parut kukus

SELAMAT MENCUBA

Sunday, February 27, 2011

Ovellette


Inilah dia ovellete/ sponge cake stabilizer yg digunakan dlm resepi apam polkadot

Step by step Apam polkadot

Telur, gula dan ovelette


Pukul dengan kelajuan max sehingga kembang dan menjadi putih

Inilah yang dikatakan dah kembang dan putih yer.. Insyaallah gebu gebas apam polkadot tue nanti.. ;-)

Masukkan susu dan tepung (yg telah diayak bersama2 baking powder) dengan kelajuan paling minimum.

Inilah hasilnya adunan apam polkadot sebelum diwarnakan atau diletakkan perisa


Letakkan pewarna dan kacau rata..

# tips utk mendapatkan permukaan apam yg rata dan cantik.. sebelum masukkan dlm piping bag.. kacau adunan sehingga kelihatan berkilat dan licin.. Insyaallah xdelah berlubang2 apam tue yer..


Acuan lompang yang telah diisi dgn papercup (size cup nie sama cam utk london almond yer)


Adunan yg telah dibahagikan kepada beberapa warna dan diisi ke dlm piping bag bersama2 filling.. Perhatikan terdapat satu adunan yg berwarna putih (saya guna utk dot2nyer nanti)


Isikan adunan ke dlm papercup separuh jer yer


Isikan fillingnyer pula (Yg nie saya guna filling blueberry)


Lepas tue isi semula adunan utk penuhkan papercup


Sekarang nie wat dot2 nya pulaks.. kena sabar n teliti yer
(Hujung piping bag tue gunting sikit jer.. barulah senang nak wat dot2 tue)


Dah siap pun mendot2.. pasnie kukus dlm masa 15 minit

#Kukus dengan api sederhana tau.. kalau api besar... nanti apam polkadot akan merekah.. hehehehe..

Inilah hasilnya.. 'APAM POLKADOT'

Diharapkan dengan gambar2 ini.. dapatlah kiranya membantu kawan2 memberi sedikit gambaran bagaimana menyediakan apam polkadot.. SELAMAT MENCUBA.. :-)

#Apam nie leh thn 3-4 hari dlm room temp.. simpan dlm bekas bertutup yer.. kalau simpan dlm fridge leh thn 2 minggu.. pastu biarkan jap.. nanti lembut semula.. kalau nak kukus semula pun boleh juga..

Friday, February 18, 2011

Apam Polka Dot


(Resepi dari discussion board Kongsi Resepi FB)

Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasaPewarna



1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara saya..

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

Selamat Mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...